Jumat, 12 Maret 2010

Change The World

I WANT TO CHANGE THE WORLD
kaze o kakenukete
nani mo osorezu ni
ima yûki to egao o kakera daite
CHANGE MY MIND
jônetsu tayasazu ni
takanaru mirai
ete o nobaseba kagayakeru hazu sa
IT'S WONDERLAND
[instrumental]
hai-iro no sora no kanata nanika oite kita
kimi wa mayoi nagara sagashi tsuzukeru
kimi no kokoro furuete'ta asu no mienai yo
nani mo shinjirarezu mimi o fusagu
kimi ni deaeta toki hontô no ibasho mitsuketa
nanigenai yasashisa ga koko ni atte
bokura mezameru
I WANT TO CHANGE THE WORLD
nido to mayowanai kimi to iru mirai
katachi doreba doko made mo toberu sa
CHANGE MY MIND
jônetsu tayasazu ni shiranai ashita e
tsubasa hiroge hanabatakeru hazu sa
IT'S WONDERLAND
[instrumental]
bokura wa onaji sekai o oyogi tsuzukete'ru
tagai no negai e todoku hi made
minna onaji fuan kakaete sasaeaeru yo
tachidomaru shunkan ni mitsumete'ru
kono basho ni iru
I WANT TO CHANGE THE WORLD
kono te hanasazu ni mimamoru hitomi o
uketometara nandatte dekiru hazu
CHANGE MY MIND
hitori ni sasenai minna koko ni iru
donna koto mo tsukinukete ikô
IT'S WONDERLAND
[instrumental]
I WANT TO CHANGE THE WORLD
kaze o kakenukete nani mo osorezu ni
ima yûki to egao o kakera daite
CHANGE MY MIND
jônetsu tayasazu ni takanaru mirai e
te o nobaseba kagayakeru hazu sa
IT'S WONDERLAND

Kamis, 11 Maret 2010

Biografi Hamzah Alfansuri

Hamzah Fansuri: Pujangga Sufi Agung Melayu[Oleh Muhamad Ikhram Fadhly bin Hussin ]

SYEIKH Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan pujangga besar Melayu. Beliaulah penyair Melayu pertama yang menggubah syair-syair bersifat agama.
Hamzah Fansuri dipercayai dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Panchor disebut Fansur dalam bahasa Arab. Pada tahun 1726, Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie (Hindia Timur Lama dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah Fansuri sebagai seorang penyair yang dilahirkan di Fansur.

Karya-karya Hamzah Fansuri telah dikaji oleh para sarjana Timur dan Barat iaitu Kraemaer, Doorenbos, Al-Attas, Teeuw, Brakel, Sweeney, Braginsky dan Abdul Hadi.

Kajian al-Attas yang merupakan analisis semantik dianggap sebagai kajian yang paling menyeluruh dan hebat terhadap pegangan mistisisme Hamzah Fansuri.

Pada masa yang sama, kajian mereka ini telah memberikan penjelasan yang amat penting mengenai sumbangan Hamzah terhadap sastera Melayu.

Pemikiran dan pegangan Hamzah Fansuri terpancar dalam karya-karya beliau meliputi karya prosa dan puisi.
Hamzah adalah pengembang tarekat Wujudiyah. Gambaran tentang ajaran Wujudiyah ini dapat dikutip daripada karangan beliau Asrar al-Arifin dan Sharab al-Asyikin.

Fahaman ini beranggapan bahawa segala makhluk itu pada asasnya esa, kerana wujud daripada zat Allah.

Dalam hujahnya menerusi kitab-kitab ini, terkesan bahawa Hamzah terpengaruh dengan faham Ibn Arabi, ahli tasawuf yang masyhur pada akhir abad ke-12 dan awal abad ke-13.

Selain itu, Hamzah turut menyisipkan dalam karangannya kutipan-kutipan ahli tasawuf Parsi seperti al-Junaid, Mansor Hallaj, Jalaluddin Rumi, Abi Yazid Bistami, dan Shamsu Tabriz.
Karangan-karangan prosa Hamzah yang terpenting ialah Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana), Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi) dan Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan).

Syair-syair beliau pula ialah Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Fakir, Syair Dagang dan Syair Perahu.
Melalui hasil karangannya, dijelaskan mengapa orang harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis petunjuk untuk mencari Tuhan.
Syair-syair Hamzah sarat dengan estetika, ilmu dan falsafah diolah berdasarkan pengaruh pantun menampakkan bahawa Hamzah menguasai puisi Parsi bersifat tasawuf dan memupuk rasa cinta akan Allah.
Hamzahlah penyajak Melayu pertama yang menggunakan syair dalam tulisan agama.
Winstedt mengatakan cara pemikiran Hamzah sesuai dengan pemikiran yang terdapat dalam karangan-karangan ahli-ahli falsafah, pujangga dan pengarang-pengarang besar Barat seperti St. Augustino (354-430), John Lyly (1553-1606), Francis Bacon (1561-1662), John Milton (1608-1674), Sydney Smith (1771-1845) dan lain-lainnya.
Pengiktirafan tersebut mewajarkan Hamzah Fansuri diangkat sebagai pelopor kesusasteraan Melayu moden di alam Melayu.